M Chandra (kiri) menunjukkan beg berisi syabu yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
M Chandra (kiri) menunjukkan beg berisi syabu yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
Mohd Ruzaini Zulkepli


POLIS memberkas tiga individu termasuk sepasang kekasih disyaki menjalankan urus niaga dadah di Sembulan, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 30 tahun ditahan bersama lima peket lutsinar berisi 251.19 gram syabu dan bernilai RM25,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota kemudiannya membuat serbuan di lokasi kejadian sebelum menahan semua suspek.

"Ketika serbuan, dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki motosikal dan kereta itu cuba melarikan diri sebaik dihampiri polis.

"Bagaimanapun, dengan ketangkasan polis, kita berjaya menahan mereka. Hasil pemeriksaan terhadap seorang daripada suspek menemukan lima peket plastik lutsinar berisi syabu yang disorokkannya di dalam beg silang," katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Chandra berkata, suspek ditahan dan dadah itu dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Suspek lelaki berusia 23 tahun itu yang disyaki penjual dadah itu difahamkan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau iaitu memiliki dadah.

"Pasangan kekasih itu pula didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing," katanya.

Menurutnya semua suspek kini direman sehingga 28 Ogos depan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

caption:

1. CHANDRA (kiri) menunjukkan dadah syabu yang dirampas dalam tangkapan suspek di Sembulan. PIX Mohd Ruzaini Zulkepli

tamat.

#kw tangkap kekasih, syabu

#loc 5.9613898000000001, 116.0646926

TAMAT.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 5:37 PM