Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Enam taukeh pelacuran dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak Januari hingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam individu berkenaan termasuk 247 mereka yang turut diambil tindakan di bawah POCA.

"Pada tahun 2014 seramai 351 individu diambil tindakan di bawah POCA daripada jumlah itu 18 daripadanya ialah taukeh pelacuran.

"Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) (dalam) membekalkan maklumat kepada usaha kita ini," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Khalid berkata, PDRM akan melipatgandakan usaha di dalam membanteras masalah pelacuran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 12:18 PM