Norizuan Shamsuddin


JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) menahan 877 individu mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) bagi tempoh 1 Januari hingga 3 Julai tahun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman twitter miliknya memaklumkan jumlah tangkapan itu menurun berbanding 1,132 individu yang ditahan mengikut akta berkenaan tahun lalu.

"Syabas JSJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) tangkap 877 orang dari 1 Januari hingga 3 Julai 2017 di bawah POCA.

"Pada 2016 seramai 1,132 orang (ditangkap), tahun 2015 seramai 809 orang dan 2014 seramai 351 orang.

"Pecahan tangkapan POCA bagi tempoh berkenaan adalah kongsi gelap iaitu 111 orang, jenayah kekerasan (280), jenayah harta benda (443), Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) (25), penganjur perjudian (8) dan pelacuran (10)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 1:01 AM