IPOH 05 FEBRUARY 2016. Dua beranak yang direman mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) selama 59 hari bagi siasatan kes pembunuhan di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah tahun lalu, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh. NSTP/L.MANIMARAN *** Local Caption ***

Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Dua beranak yang direman mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) selama 59 hari bagi siasatan kes pembunuhan di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah tahun lalu, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Kedua-duanya dibebaskan selepas tempoh reman maksimum mengikut POCA tamat hari ini.

Hakim Murtazadi Amran membebaskan dua beranak itu selepas pemohonan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong mengikut Seksyen 7(1)(b) POCA.

Murtazadi turut membenarkan pemohonan Harris Ong agar kedua-duanya dipasang Peranti Pengawasan Elektronik (PPE) mengikut Seksyen 7(2) akta sama.

Dua beranak terbabit kemudian dipakaikan peranti berkenaan sebelum dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk dibebaskan.

Tempoh maksimum pemakaian PPE kedua-duanya adalah selama 59 hari, sehingga Lembaga Pencegahan Jenayah menggeluarkan perintah tahanan di mana-mana institusi selama dua tahun atau sekatan dengan jaminan selama lima tahun atau mereka dibebaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 4:45 PM