MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohamad Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum terperosok di bawah lori dalam kejadian di Jalan Parit Lintang, Parit Yaani di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 2.15 petang itu, mangsa Mohamad Faisal Azman, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Yong Peng.

"Bagaimanapun, apabila melalui lokasi kejadian motosikal mangsa hilang kawalan sebelum tergelincir lalu menuju ke arah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 10:10 PM