MOTOSIKAL yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
MOTOSIKAL yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
Mohamad Fahd Rahmat


PENUNGGANG motosikal maut selepas merempuh motosikal lain di persimpangan Jalan Parit Yaani-Sri Bengkal, Batu Pahat, 6.35 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Asnawi Morsidi, 20, berasal dari Parit Yaani Yong Peng.

Beliau berkata, dua penunggang lain iaitu Hasnan Sulaiman, 57, dan Mohd Zulkainain Bin Razali, 20, parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

"Mangsa dari yang maut dari arah Sri Bengkal, manakala Hasnan dan Mohd Zulkainain dari pekan Parit Yaani.

"Ketika Hasnan menunggang motosikal untuk keluar simpang ke kanan, Mohammad Asnawi datang dan melanggarnya disusuli Mohd Zulkainain yang tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal ditunggang Hasnan.

"Akibat kemalangan itu, dua penunggang parah dan dihantar ke HSNI untuk mendapat rawatan manakala seorang lagi mangsa mati di tempat kejadian. Mayat mangsa akan dibedah siasat untuk mengesan punca kematian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kecuaian dan tidak berhati-hati menunggang motosikal dipercayai punca berlaku kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 12:30 AM