MENTERI Luar, Datuk Seri Anifah Aman bersama Menteri Luar Indonesia, Retno L P Marsudi ketika sidang media. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MENTERI Luar, Datuk Seri Anifah Aman bersama Menteri Luar Indonesia, Retno L P Marsudi ketika sidang media. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Malaysia dan Indonesia bersetuju meneruskan bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 7,000 pelarian imigran yang masih berada di sekitar perairan negara berkenaan termasuk menyediakan pusat perlindungan sementara kepada mereka dalam tempoh setahun.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tiga negara membabitkan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Jeneral Tanasak Patimapragorn dan Menteri Luar Republik Indonesia, Retno L P Marsudi di sini, hari ini.

Anifah berkata, mereka akan diletakkan sementara di pusat perlindungan berkenaan sebelum diputuskan oleh komuniti antarabangsa untuk ditempatkan samada di negara ketiga atau kembali ke negara asal.

"Saya juga akan ke Myanmar dalam masa terdekat untuk bertemu rakan sejawat bagi membincangkan isu pelarian etnik Rohingya," katanya pada sidang media di sini semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 2:30 PM