KONSERT Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia... akan berlangsung di Istana Budaya. FOTO Ridzuan Abdul Rahman

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Peminat kumpulan rock terkenal Wings, bakal menyaksikan persembahan berbeza menerusi konsert Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia... yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini pada 10 hingga 16 Jun depan.

Dalam konsert anjuran Awie Entertainment ini, Wings akan menyampaikan lagu-lagu yang berpaksikan perjuangan seperti Inspirasi Taming Sari dan banyak lagi dengan iringan Orkestra Tradisional Malaysia.

Awie berkata, penganjuran konsert ini sudah dibayangkan begitu lama apabila melihat orang Melayu yang sudah berpecah sekarang.

"Kami ambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan muzik Wings yang menyentuh isu sosial Melayu sejak 1985.

"Selama ini peminat hanya dengar muzik Wings namun kurang memahami liriknya. Justeru saya berhasrat memperjuangkan Alif Ba Ta iaitu Agama Bangsa dan Tanahair.

"100 peratus konsert ini berkonsepkan Kemelayuan. Ia bukan menggambarkan konsert rock saja tapi menampilkan gaya teater di mana semua anggota Wings akan turut bermonolog," katanya.

Dalam konsert itu, Wings akan menyampaikan pilihan lagu bertemakan semangat Melayu serta lagu tradisional dan lagu-lagu cover popular.

Menurutnya, Wings tidak mahu dikatakan bersikap rasis kerana tujuan mereka hanya mahu meniupkan semangat patriotik dalam kalangan orang Melayu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 4:41 PM