KIRK di depan tiga pemain AS dengan kelebihan satu pukulan.
KIRK di depan tiga pemain AS dengan kelebihan satu pukulan.

Ponte Vedra Beach, AS: Chris Kirk berakhir dengan mantap untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan ketiga Kejuaraan Pemain Jelajah PGA AS yang menawarkan AS$10 juta (RM35.9 juta) semalam.

Pemain Amerika itu mencatat empat bawah par 68 bagi keseluruhan 10 bawah par 206, cukup bagus untuk mendahului secara berseorangan selepas pemain Amerika, Kevin Na melakukan tiga putt untuk double bogey pada lubang ke-18, sekali gus ketinggalan dua pukulan.

Kirk mendahului satu pukulan di depan tiga pemain AS. Kevin Kisner mencatat 67 manakala Ben Martin dan Bill Haas kedua-duanya melakar 68 bagi 207. Justin Thomas mencatat rekod kejohanan dengan 10 birdie ketika melakukan tujuh bawah par 65 untuk mengetuai kelompok pemain dengan 208.

Kumpulan itu turut disertai Na dan Jerry Kelly, yang berkongsi sebagai pendahulu semalaman dengan kedua-dua melakukan 72. Turut lapan bawah par adalah pemain Sepanyol, Sergio Garcia (67), pemain Kanada, David Hearn (70) dan pemain AS, Scott Brown (69).

Pemain nombor satu dunia Rory McIlroy empat pukulan di belakang dalam kelompok besar dengan 210, selepas merakam tiga bawah par 69 yang termasuk dua bogey dan empat birdie, tiga daripadanya di sembilan lubang terakhir.

Tidak dilupakan bekas pemain nombor satu dunia Tiger Woods antara pencabar menuju pusingan terakhir.

Pemenang 14 kejuaraan utama itu merudum dengan 75 termasuk dua double bogey pada lubang par lima, kali pertama dalam kariernya.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 7:26 AM