LOKASI kejadian. Gambar kecil, foto kiriman pembaca ketika kejadian.
LOKASI kejadian. Gambar kecil, foto kiriman pembaca ketika kejadian.
Oleh Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan parah selepas terjatuh dari eskalator tingkat satu di sebuah kompleks beli belah di Jalan Sulaman, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu M Chandra berkata, kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh dari escalator tingkat satu berdekatan kedai emas.

"Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan lanjut.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan," katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 5:37 PM