JENAZAH Atikah ketika tiba di pekarangan rumah keluarganya. FOTO Azlan Hafeedz
JENAZAH Atikah ketika tiba di pekarangan rumah keluarganya. FOTO Azlan Hafeedz
Oleh Azlan Hafeedz

Pasir Puteh: Jenazah Nor Atikah Alias, 25, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lalu selamat tiba di rumah keluarganya di Kampung Bukit, Gaal, Pasir Puteh, 8.30 pagi ini.

Jenazah pelajar itu tiba dengan van Yayasan Islam Terengganu selepas bertolak dari KLIA sebaik tiba dari Moscow, Russia, 9.55 malam tadi.

Perjalanan terakhir arwah itu turut ditemani bapa, Alias Yacob dan tunangnya, Wan Mohamad Ikhwan Wan Ahmad Sayutti, 28.

Bapa saudara arwah, Mat Yaacob Mat Jusoh, 53, berkata, jenazah anak saudaranya itu akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit pada 10.30 pagi ini.

"Nor Atikah akan dikebumikan bersebelahan kubur neneknya, Esah Ali, memandangkan hubungan keduanya agak rapat ketika mereka masih ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 10:19 AM