NOR Atikah meninggal dunia akibat kebakaran asrama penginapan di Moscow.
NOR Atikah meninggal dunia akibat kebakaran asrama penginapan di Moscow.
Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu : Kerajaan negeri akan menanggung segala kos membawa pulang dan pengebumian jenazah seorang pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang meninggal dunia di Moscow, Russia, selepas terbabit dalam kebakaran, jam 11.30 malam waktu tempatan (jam 4.30 pagi waktu Malaysia), pada 22 April lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelajar terbabit Nor Atikah Alias, 25, pelajar tahun lima yang menuntut di Russian National Research University meninggal dunia di Hospital Sklifosovskoso, Moscow, kelmarin.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia jam 11 pagi waktu tempatan (jam 4 petang waktu Malaysia) pada 23 April lalu selepas terbabit dalam kebakaran pangsapuri yang dihuninya.

“Hari ini (semalam) keluarga mangsa dibantu pihak kedutaan sedang menguruskan untuk menuntut jenazah dan selepas urusan dokumentasi siap solat jenazah akan dilakukan di Moscow oleh pelajar Malaysia yang berada di sana.

“Kerajaan negeri mengambil inisiatif menanggung segala kos pengangkutan membawa pulang jenazah ke Malaysia termasuk pengebumian di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan,” katanya selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 11:01 AM