FOTO ihsan Bomba
FOTO ihsan Bomba
Oleh Rabi Atul Adawiyah Ismail

Miri: Sembilan belas 19 penghuni daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Subak, Sibuti, di sini, musnah dalam kebakaran, 7.15 malam tadi.

Kebakaran yang membabitkan tiga kediaman itu dipercayai bermula daripada rumah di tengah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak, berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sambungan elektrik di bumbung rumah.

Katanya, ketika kejadian penghuni tidak berada di rumah dan kejadian disedari jiran berhampiran yang kemudian menghubungi talian kecemasan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.25 malam. Sepuluh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 60 kilometer dari balai, anggita mendapati tiga rumah 100 peratus terbakar. Semua penghuni selamat. Api berkaja dikawal pada 8.30 malam,” kataya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 11:45 PM