Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran enam rumah kedai di Tudan, Miri, hari ini. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran enam rumah kedai di Tudan, Miri, hari ini. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah

 

[email protected]

Miri: Enam rumah kedai musnah dalam kebakaran di sebuah bangunan kedai berhampiran pasar raya e-Mart,Tudan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, tiga unit rumah kedai musnah sepenuhnya, manakala tiga lagi terbakar antara 30 sehingga 40 peratus, namun begitu, semua penghuni dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng Terry Robson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.15 tengah hari berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 1.20 petang.

"Setakat kerja pemadaman masih dilakukan dan punca kebakaran masih di dalam siasatan," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 3:10 PM