Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Bukan mudah untuk mengecapi nikmat populariti. Jika belum masanya, berlakon hampir satu dekad pun belum tentu dikenali peminat.

Inilah hakikat perlu dilalui mereka yang berminat menjadi anak seni.

Bagaimanapun dengan kesabaran yang tinggi, hasilnya pasti dituai juga. Inilah situasi dilalui dua pelakon berpangkal nama Mimi yang sedang mencari tapak dalam lakonan.

Seorang bernama Nor Shamimi Ernida Mansor atau Mimi Ernida, 25, yang kini boleh tersenyum kerana mula dikenali manakala seorang lagi Mimi Roziana Zainal Abidin atau Mimi Lana, 20, pula diibaratkan masih hijau dalam bidang seni.

Mimi Ernida bukanlah nama baru kerana sudah lima tahun bergelar pelakon. Namun, tuah baru sekarang menyebelahinya apabila menyerlah menerusi watak pembantu dalam drama popular Rindu Awak 200 %.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 7:01 AM