Sukarnya menjadi insan ternama kerana bukan saja wajah yang cantik menjadi pujaan ramai, tetapi susuk tubuh pun diambil kira.

Sebelum bergelar pelakon, Sonakshi Sinha yang juga anak kepada aktor ternama Shatrughan Sinha memang bertubuh gempal.

Dia berusaha keras untuk menguruskan badannya.

Hasil kerja kerasnya, Sonakshi berjaya menurunkan beberapa kilogram namun tubuhnya kelihatan berisi semula.

Dia yang baru saja mendapat tawaran berlakon dalam filem Akira kini sedang menjalani program intensif menurunkan berat badan.

“Saya rasa sudah kurus, tetapi peminat masih lagi kata saya gemuk. Mulai sekarang mereka kena menukar persepsi terhadap penampilan saya.

“Bagi mereka, saya masih lagi heroin yang bertubuh gempal,” katanya.

Berat badan Sonakshi selalu menjadi isu kerana pada setiap pertemuan dengan media di India, pasti soalan itu yang ditanya sehingga membuatkannya rimas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 12:53 PM