Oleh Ikram Ismail


Shah Alam: Sebuah pasar raya terkemuka iaitu Jaya Grocer terletak di Bangi menjadi pasar raya pertama didakwa atas pertuduhan menaikkan marjin keuntungan sekilogram bendi sebanyak 50 peratus.

Pasaraya itu diwakili oleh Pengarah syarikat Trandcell Sdn Bhd, Ting Pooi Guan yang merupakan pemilik pasar raya itu mengaku tidak bersalah di mahkamah seksyen, di bawah seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.

Pasar raya itu didakwa menaikkan marjin keuntungan daripada RM3.10 kepada RM9.70 untuk satu kilogram bendi pada 3 Januari hingga 20 Januari.

Jika didapati bersalah, pasaraya itu boleh didenda sebanyak RM500,000 untuk kesalahan pertama dan RM1 juta untuk kesalahan seterusnya.

Hakim Ahmad Azahari Abdul Hamid menetapkan sebutan kes pada 9 June ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 10:43 AM