LING (kanan), Pengurus Restoran John Warkey (tengah) dan pekerja penghantaran KFC Delivery.
LING (kanan), Pengurus Restoran John Warkey (tengah) dan pekerja penghantaran KFC Delivery.

Kuala Lumpur: Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia melancarkan portal online (www.kfcdelivery.com.my) bagi khidmat penghantarannya bagi menawarkan kemudahan kepada pelanggan yang ingin menikmati KFC di mana saja setiap masa.

Naib Presiden Kanannya, Ling Mee Jiuan berkata, KFC Delivery memberi kemudahan kepada pelanggan yang sentiasa sibuk dengan urusan harian, namun tetap ingin menikmati kelazatan ayam goreng dengan rasa yang sama seperti yang dinikmati di restoran KFC.

“Matlamat kami adalah untuk menghantar ayam goreng serta pelbagai hidangan sampingan lain kepada mereka yang ingin menikmatinya di dalam keselesaan rumah atau tempat kerja masing-masing.

“Makanan akan dibungkus di dalam beg penebat haba, sekali gus mengekalkan kepanasan dan kesegaran makanan yang dipesan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam usaha menjaga kelestarian ekologi bumi, KFC Delivery akan menggunakan skuter elektrik yang mesra alam bagi servis penghantaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 8:09 AM