ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

[email protected]

 

Johor Bahru: Lelaki berusia 50 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Rumbia 6, Taman Daya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Leng Yoo On, terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan, manakala empat lagi ahli keluarganya berjaya menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap bomba, mangsa yang bekerja di Singapura itu disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat lemas asap.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya tiba di lokasi kejadian pada 7.27 pagi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.17 pagi.

"Api dapat dikawal sekitar 7.39 pagi, namun operasi masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 10:10 AM