FOTO Sofyan Rizal Ishak
FOTO Sofyan Rizal Ishak
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Shah Alam: Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew) memperkenalkan model terbarunya iaitu Honda EX5 Dream FI di mana ia adalah versi yang dinaik taraf daripada model EX5 Dream 110 yang dilancarkan pada 2013.

Pengarah Urusan Boon Siew, Koji Onishi berkata, EX5 Dream FI adalah model cub pertama dalam kelasnya yang dilengkapi dengan teknologi baru iaitu sistem enjin FI yang dibangunkan untuk meningkatkan kuasa serta penjimatan bahan api.

"Melalui penggunaan teknik kawalan elektronik, sisten suntikan bahan api (FI) membolehkan enjin hanya memerlukan nisbah udara-bahan api yang minimum," katanya pada majlis pelancaran EX5 Dream FI di sini, sebentar tadi.

Model ini turut dilengkapi dengan rekaan dinaik taraf bagi lampu belakang, lampu isyarat, panel meter dan penutup lampu hadapan disamping lambang didepan serta muffler yang dikemas kini dengan penutup krom.

EX5 Dream FI didatangkan dalam tiga warna iaitu merah metalik, biru metalik dan ungu metalik di mana ia kini boleh didapati di pasaran pada harga RM4,299 bagi penghidup tendang (kick starter) dan RM4,529 bagi penghidup auto (self starter).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 3:09 PM