PADANAN pilihan warna menarik.
PADANAN pilihan warna menarik.
Lizam Ridzuan

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model skuter Honda Beat Serba Baharu dengan beberapa ciri terkini.

Antaranya ialah enjin 'enhanced Smart Power' (eSP) baharu untuk penggunaan bahan api lebih efisien dan prestasi maksimum dengan mematuhi piawaian Euro 4.

Melalui kerangka 'enhanced Smart Architecture Frame' (eSAF), ia kini lebih teguh dan stabil serta selesa ketika meluncur di jalan raya.

Pembaharuan turut diberikan terhadap rekaan lampu hadapan LED, corak grafik terkini, lampu belakang, lampu membelok, speedometer dan rim.

Ia termasuk pembuka tempat duduk, kunci brek parkir, tangki bahan api 4.2 liter (daripada 4.0 liter) dan U-box juga lebih besar dengan 11.7 liter (daripada 11.2 liter).

Skuter Honda Beat dikuasakan enjin 109.5cc sistem pembakaran suntikan bahan api terancang (PGM-FI).

HONDA Beat tampil ciri terkini.
HONDA Beat tampil ciri terkini.

PANEL meter baharu.
PANEL meter baharu.

RUANG simpanan lebih besar.
RUANG simpanan lebih besar.

Ia menjana kuasa 6.47kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 9.53Nm.

Melalui transmisi tali sawat - V automatik, ia mencatat penggunaan bahan api sekitar 59.1 kilometer (km) untuk setiap satu liter yang memenuhi standard Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Merah Vivacity, Perak Metalik Force, Biru Mutiara Nightfall dan Merah Jambu Space Metalik.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM5,555 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan dua tahun atau 20,000km yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 6:15 AM