Honda ADV150 Serba Baharu dilancarkan ke dalam pasaran tempatan. 
Honda ADV150 Serba Baharu dilancarkan ke dalam pasaran tempatan. 
Lizam Ridzuan

 

Kuala Lumpur: Boon Siew Honda memperkenalkan skuter gaya 'Penjelajah Urban' iaitu model Honda ADV150 Serba Baharu ke dalam pasaran tempatan.

   Model kompak dan ringan ini dijana dengan enjin 150cc sejukan cecair dengan PGM-FI yang mematuhi piawaian Euro4 serta dipacu transmisi automatik.

  Antara menarik yang terdapat pada model ini ialah penggayaan yang ranggi dengan ciri prestasi yang sesuai bagi kegunaan harian dan perjalanan jauh.

  Ia turut didatangkan dengan semua lampu daripada ciri LED termasuk lampu nyalaan siang (DRL), meter LCD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

  Selain itu Honda ADV150 didatangkan dengan sistem Kunci Pintar Honda,  pelindung angin boleh laras dua kedudukan dan tangki bahan api lapan liter.

  Ruang storan 27.8 liter terdapat di bawah di tempat duduk serta soket pengecas 12 voltan pada konsol hadapan bagi kemudahan tambahan.

  Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Merah Vivacity dan Kelabu Metalik Mat Charcoal boleh ditempah mulai esok.

 Honda ADV150 dijual pada harga RM11,999 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 9:15 PM