Kebakaran yang mengorbankan tiga sekeluarga. FOTO ihsan bomba
Kebakaran yang mengorbankan tiga sekeluarga. FOTO ihsan bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Sabak Bernam: Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Teluk Rhu, dekat sini dalam kejadian 2.30 pagi tadi.

Mangsa yang rentung ialah Goh Meng Huat,70, anaknya, Goh Sim Yen, 34, dan cucunya, Tan Jia Wai, 7, manakala seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Mustapa, 30-an terselamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.27 pagi dan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam serta Sungai Besar ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah rumah kampung yang musnah kira-kira 50 peratus serta sebuah lori dan dua kereta.

“Mangsa pertama ditemui kira-kira 3.13 pagi diikuti mangsa seterusnya.

“Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada polis dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 8:13 AM