Tempat kejadian seorang pengawal keselamatan diserang empat lelaki bersenjatakan parang. FOTO  Izlaily Nurul Ain Hussein
Tempat kejadian seorang pengawal keselamatan diserang empat lelaki bersenjatakan parang. FOTO Izlaily Nurul Ain Hussein
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan cedera diserang empat lelaki bersenjatakan parang di pondok pengawal perumahan di Taman Mount Austin, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.05 pagi itu, mangsa, Parvezz Khan, 29, cedera di belakang kepala akibat ditetak dengan parang oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa dipercayai diserang empat suspek berkenaan selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan perumahan itu.

"Selepas tidak dibenarkan masuk oleh mangsa, suspek keluar dari kereta dan terus menyerang mangsa menggunakan parang.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, dirawatan dan dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.10

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 3:18 PM