Oleh Hanafis Abdul Haris


Muar: Mayat dua remaja yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jorak di Kampung Jorak, di sini, Rabu lalu masing-masing ditemui pada malam dan pagi tadi.

Mayat Alif Norfaizul Nizam Mohd Sidek, 15, ditemui pada 10.11 malam tadi kira-kira 150 meter dari Jeti Sultan Kampung Jorak.

Sementara itu mayat Afiq Asyraf Mohd Najib, 15, pula ditemui pada 3.49 pagi tadi kira-kira 50 meter dari jeti yang sama.

Kedua-dua mayat terbabit ditemui oleh orang awam ketika melalui jeti berkenaan sebelum dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat menggunakan bot.

Difahamkan kedua-dua mayat kini dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 10:28 AM