HIMPUNAN koleksi terbaru Alia Bastamam banyak bermain dengan pelbagai elemen putih.
HIMPUNAN koleksi terbaru Alia Bastamam banyak bermain dengan pelbagai elemen putih.

Tema senjakala dan fajar benar-benar diterjemahkan dalam himpunan koleksi terbaru pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam. Permainan warna serta potongan gaun yang sebahagiannya ‚daring‘, namun elemen romantik pada si pemakai berjaya ditimbulkan.

Koleksi di bawah rangkaian Atelier dan Perkahwinan bertemakan Dusk to Dawn itu mempunyai dua pecahan. Dima Dusk bermaksud senja mengetengahkan rona redup dan gelap seperti lilac, hitam, kelabu dan biru gelap.

Seindah fajar atau ‚dawn‘ sinonim sebagai permulaan hari, rekaan Alia banyak bermain dengan pelbagai elemen putih apabila koleksi ini begitu terinspirasi daripada karya A Midsummer Night‘s Dream. Material yang digunakan terdiri daripada sifon, tulle dan sutera.

Majlis pertunjukan fesyen yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur itu menyaksikan kehadiran wajah selebriti popular seperti Nabila Huda, Tasha Shila, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Neelofa, Liyana Jasmay, Dynas Mokhtar, Fiza Kadir, Carmen Soo, Sarah Lian dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 12:30 PM