Anggota kumpulan NU’EST, Baekho memuat naik status memohon peminat membantu bapanya di laman sosial Instagram.

“Hello, ini Baekho. Saya minta maaf kerana mengumumkan berita kurang menyenangkan ini secara tiba-tiba.

“Tengah malam tadi, darah keluar tanpa henti dari hidung bapa saya hingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Dia disahkan menghidap leukemia akut dan doktor memaklumkan bapa memerlukan pemindahan darah secepat mungkin.

“Saya minta maaf terpaksa minta bantuan anda. Jika anda ada jenis darah yang diperlukan, tolong datang secepat mungkin ke 44-20 Samseong-dong, Gangnamgu, Seoul, Korea Selatan (Kad Derma Darah Baekho),” tulisnya sambil berkali-kali memohon maaf.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:07 AM