AG (empat dari kiri) bersama Caliph Buskers dan KRU..
AG (empat dari kiri) bersama Caliph Buskers dan KRU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang disayangi.

Selepas mencetus fenomena di Anugerah Juara Lagu ke-29 baru-baru ini, Caliph Buskers dijemput sebagai tetamu untuk segmen AM Krew di Hot FM.

Dalam segmen itu, Caliph Buskers mencabar AM Krew untuk 'busking' bersama mereka.

Hasilnya, pada Jumaat lalu Liza bersama penyampai Hot FM yang lain seperti Fara Fauzana, AG dan Fizie menyahut cabaran itu dan kami bersama Caliph Buskers melakukan 'busking' di kawasan yang sinonim dengan 'buskers' di Kuala Lumpur iaitu Central Market.

Turut bersama kami pada malam itu ialah Mojo dan KRU.

Liza juga tak sangka kerana persembahan yang 'sempoi' itu berjaya menarik lebih 500 penonton yang berada di Central Market itu.

Berapa ramai agaknya yang membesar dengan lagu KRU dan pernah membeli tiket untuk menyaksikan konsert KRU?

Siapa sangka pada Jumaat lalu peminat berpeluang menyaksikan trio adik-beradik ini menyanyi diiringi kumpulan buskers di pekarangan Central Market.

Lagu seperti Apa Saja dan Awas bergema di jalanan apabila peminat turut menyanyi bersama. Bukankah itu sesuatu yang di luar jangkaan?

Malam itu berakhir dengan kepuasan yang Liza percaya semua yang hadir dapat merasakannya.

Persembahan ikhlas daripada Caliph Buskers dan sokongan yang ditunjukkan KRU walaupun terpaksa menyanyi sambil melihat lirik lagu, tapi dapat dilihat kepuasan wajah peminat yang teruja menyaksikan mereka secara dekat.

Liza juga berasa bangga kerana menjadi sebahagian dari sejarah itu, bersama-sama hadir menyaksikan persembahan mereka dan turut datang memberi sokongan kepada tiga gandingan yang Liza hormati iaitu AG, Fizie dan Fara Fauzana yang 'sporting' pada malam itu.

Saya percaya ramai yang turut menghormati apa yang mereka bertiga lakukan pada malam itu. Tahniah kak Fara, abang AG dan Fizie.

Akhir sekali, terima kasih kepada Hot FM yang menganjurkan acara itu.

Insya-Allah jika diizinkan anda akan menyaksikan lagi persembahan sebegini di tempat anda.

Teruskan beri sokongan kepada kami di Hot FM serta industri muzik Malaysia. Semoga kejayaan menjadi milik kita.

Bila kita berusaha lebih daripada orang lain, di situ lah datangnya kejayaan buat diri kita.

Jumpa lagi!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 5:02 AM