PAUL McCartney
PAUL McCartney
USAIN Bolt
USAIN Bolt
SIENNA Miller
SIENNA Miller
BARACK Obama
BARACK Obama
ANEGELINA Jolie and Brad Pitt
ANEGELINA Jolie and Brad Pitt

Tarikan Liga Perdana Inggeris turut memerangkap golongan kaya dan terkenal seluruh dunia untuk menyokong pasukan masing-masing dan mereka tidak berselindung mengenainya.

ARSENAL

- Jay Z

Jay Z meminati kelab itu sejak 2004, apabila dia tertarik dengan gaya permainan menarik daripada Thierry Henry, juga gaya permainan Gunners.

- Chris Martin

Vokalis Coldplay, Martin menghadiri perlawanan di antara Arsenal dan Manchester United pada 2013 dan dikatakan meminati Gunners.

- Kevin Costner

Bintang Hollywood, Costner menampilkan kelab utara London itu dalam filemnya Criminal dan mendakwa mempunyai hubungan yang erat dengan mereka, malah mengakui dia peminat setia mereka.

- Piers Morgan

Morgan adalah peminat Gunners berprofil tinggi dan sentiasa bercakap dan mengeluh mengenai pasukannya ketika di udara, khususnya membabitkan Arsene Wenger.

ASTON VILLA

- Tom Hanks

Hanks mula mengikuti perkembangan Villa memandangkan 'nama mereka agak pelik' dan kini 'menikmati setiap kejayaan Aston Villa. Selepas melihat mereka beraksi di Amerika Syarikat pada 2012, Hanks menerusi Twitter berkata bahawa pergi ke Birmingham buat pertama kali untuk melihat mereka bermain menjadi 'impian saya'.

BURNLEY

- Alastair Campbell

Campbell yang memegang akaun Twitter 'campbellclaret' sentiasa menghebahkan aktiviti kelab itu dalam komuniti.

CHELSEA

- Charlize Theron

Charlize mengakui dirinya peminat Chelsea dalam satu perlawanan amal pada 2009, biarpun pada 2011 dia dilihat berada di Emirates, mengikuti perlawanan Arsenal. Pengkhianat!

- Emma Watson

Fernando Torres menghantar gambar Emma yang menghadiri perlawanan kelab itu pada September 2013 menerusi Twitter dengan keterangan gambar 'Emma Watson adalah peminat Chelsea!'

- Sienna Miller

Sienna membesar berhampiran Stamford Bridge dan sentiasa mengikuti keputusan perlawanan Blues setiap hujung minggu.

- Will Ferrell

Ferrell bergambar dengan ramai pemain Chelsea pada jelajah pra-musim di Seattle sebelum musim 2012-2013 dan bertindak sebagai kapten kehormat pada kunjungan mereka pada 2009. Pelakon berkenaan pernah mengunjungi Stamford Bridge dan sering dilihat menyarung jersi Chelsea.

CRYSTAL PALACE

- Eddie Izzard

Izzard meminati Palace sejak 1969 dan menjadi pengarah bersekutu Eagles pada 2012, mengakui bahawa 'jika kami tidak menang perlawanan, saya tidak boleh menerimanya.'

EVERTON

- Judi Dench

Judi adalah penaung kehormat Everton dalam Komunitu, badan amal rasmi Toffees dan merujuk pasukan Merseyside itu sebagai 'kelab bola sepak saya'. Suaminya, Michael juga peminat Blue dan cucunya Sam turut mengikut jejak mereka.

- Paul McCartney

McCartney sering mengelak daripada dikaitkan dengan Merseyside tetapi pada 2008 mengakui 'saya penyokong Everton secara rasmi dan bapa saya dilahirkan di Everton.'

- Sylvester Stallone

Stallone menghadiri perlawanan Everton menentang Reading pada 2007, menerima sorakan 30,000 bila tiba di padang dengan skaf Toffees menjadikannya penyokong setia.

HULL CITY

- Omar Sharif

Sharif gembira dapat berjumpa dengan legenda Hull, Ken Wagstaff pada 2010, penyerang hebat pada 1970-an yang menarik minatnya terhadap pasukan Tiger.

LEICESTER CITY

- Sam Bailey

Juara X Factor, Bailey menghiburkan penonton di stadium Foxes, King Power pada Disember 2013 dengan menyarung tracksuit Leicester City sebelum menerima jersi kenang-kenangan.

LIVERPOOL

- Caroline Wozniacki

Pemain tenis dan bekas tunang Rory McIlroy, adalah peminat setia Liverpool, dan sukakan bola sepak. Dia sentiasa menulis mengenai Reds di Twitter. Dia pernah melakukan latihan pemanas badan untuk perlawanan tenis sambil menyarung jersi Steven Gerrard.

- Angelina Jolie and Brad Pitt

Pasangan selebriti hebat, Angelina dan Pitt menghabiskan ratusan dollar di kedai cenderahati Liverpool pada 2012 untuk keenam-enam anak mereka. Semuanya bermula pada 2011 apabila anak lelaki mereka Maddox jatuh sakit dan dirawat di hospital Alder Hay, Liverpool.

- Daniel Craig

Craig bertemu Steven Gerrard pada jelajah pra-musim 2014 di Amerika Syarikat dan memberitahu kapten Liverpool itu layak menjadi ejen 007 memandangkan dia seorang pemimpin yang baik.

- LeBron James

Bintang bola keranjang itu sering dilihat menggunakan fon telinga Liverpool sebelum masuk ke gelanggang dan mengakui meminati Reds. Dia juga pernah mengunjungi Anfield.

- Liam Neeson

Neeson adalah penyokong setia Reds dan pada Januari lalu, dia berkeras mahukan Liverpool untuk terus menggunakan khidmat Gerrard.

MANCHESTER CITY

- Liam dan Noel Gallagher

Vokalis utama Oasis, Liam sentiasa menyaksikan perlawanan Citizens di tempat sendiri manakala Noel secara terbuka membincangkan mengenai minatnya terhadap kelab itu. baik ketika

- Ricky Hatton

Peninju itu dilahir dan dibesarkan di Manchester dan sentiasa menulis mengenai sokongannya terhadap Citizens.

MANCHESTER UNITED

- Alexandra Burke

Penyanyi itu berkata dia bagai berada di awangan selepas melihat Red Devils ketika berehat daripada persembahan sepanjang jelajahnya pada 2011. Rio Ferdinan menganggapnya sebagai penyokong yang baik.

- Justin Timberlake

Timberlake bertemu dengan bekas pemain tengah United, Alan Smith yang menjemput pemain itu menghadiri perlawanan, dan membuat bintang berkenaan 'jatuh cinta dengan pengalaman itu.'

- Megan Fox

Bintang Transformers, Megan pernah dilihat bergambar menyarung jersi United ketika meraikan jaringan Javier Hernandez pada 2011, biapun masih belum dapay dipastikan Red Devils adalah pasukan pujaannya.

- Olly Murs

Murs adalah peminat Manchester United yang penuh semangat dan baru-baru ini meluahkan pandangan bahawa David Moyes berhak diberi lebih masa sebagai pengurus kelab itu.

- Usain Bolt

Juara 100m Olimpik, Bolt menyatakan impiannya secara khusus untuk bermain dengan Red Devils dan dai berulang kali meminta menyertai sesi uji bakat dengan kelab itu.

NEWCASTLE UNITED

- Ant and Dec

Kedua-dua penyampai itu penyokong setia Geordies dan menganggap legenda Toon itu sebagai Alan Shearer sebagai wira mereka.

QUEENS PARK RANGERS

- Pete Doherty

Doherty berkata pada 2005 dia sudahpun menulis lagu untuk mereka apabila QPR menjuarai Piala FA dan menambah kesetiaan kepada R's tidak akan mati.

SOUTHAMPTON

- Craig David

David dari Southampton dan berbangga dengan asal usulnya, menyokong kelab itu sejak kecil.

STOKE CITY

- Sugar Ray Leonard

Bekas juara tinju Sugar Ray menjadi tetamu di The Britannia ketika Stoke tewas 0-2 kepada Chelsea pada September 2008.

SUNDERLAND

- Peter O'Toole

Peter O'Toole adalah peminat setia Black Cat ketika pasukan itu bermain di Roker Park, namun kesetiaan itu luntur sejak kelab itu berpindah stadium

SWANSEA CITY

- Catherine Zeta-Jones

Catherine membincangkan sokongannya terhadap Swans di karpet merah Anugerah Akedemi 2013, yang kebetulannya berlangsung dengan kemenangan Piala Liga ke atas Bradford. Dia bertanya kepada wartawan 'Adakah anda dengar yang Swansea menang? Saya amat gembira.'

TOTTENHAM HOTSPUR

- Adele

Adele dilihat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA 2012 di antara Tottenham dan Chelsea. Seluruh keluarga penyanyi itu meminati Spurs.

- Jessie J

Jessie J dilihat menyarung skaf Tottenham Hotspur di White Hart Lane pada April 2013, dengan bapanya yang juga peminat setia Spurs.

- J. K. Rowling

Rowling adalah peminat kelab itu memandangkan keluarga bapanya semuanya menyokong Spurs namun mengakui dia tidak terlalu meminati bola sepak atau kecewa bila Tottenham tewas.

- John Cena

Bintang gusti, Cena mengunjungi White Hart Lane pada 2008, bergambar dengan jersi tertera namanya.

- Jude Law

Law sering meluahkan rasa cintanya terhadap Tottenham dan menjelaskan penyesalannya kerana tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan banyak perlawanan.

WEST BROMWICH ALBION

- Frank Skinner

Skinner adalah penyokong setia Baggie malah mahu anak lelakinya dilahirkan di hospital yang sama dengannya, Sandwell General, untuk menjadikan West Brom pasukan tempatan untuk mereka berdua.

WEST HAM UNITED

- Barack Obama

Presiden Amerika Syarikat, Obama melihat aksi West Ham ketika melawat adik tirinya Auma pada 2003 dan kelab itu menjemputnya untuk menyaksi perlawanan berikutnya di UK.

- Elijah Wood

Wood tertarik dengan West Ham selepas melakonkan watak sebagai pemain Hammer dalam filem bola sepak Green Street.

- Katy Perry

Kayt pernah dilihat menyarung pakaian dalam bertemakan West Ham ketika berkahwin dengan Russell Brand yang menjadi penyokong setia Hammer namun selepas bercerai tidak diketahui sama ada dia masih meminati kelab itu.

- Keira Knightley

Kiera mengakui dirinya sebagai peminat fanatik bola sepak kerana suasananya menakjubkan dan banyak menyaksikan perlawanan Hammers di stadium mahu pun pub.

- Russell Brand

Brand sentiasa membincangkan mengenai minatnya terhadao West Ham dan penah dilihat di televisyen mencelah wawancara dengan Allardyce untuk mencium pengurus Hammer itu selepas kemenangan di Upton Park awal musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 10:27 AM