BARISAN pelakon BIB.
BARISAN pelakon BIB.
Syanty Octavia Amry


Bagi penggemar sukan bola jaring, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV, HyppTV, memperkenalkan drama siri terbaru berjudul BIB yang memaparkan drama dan aksi bola jaring lelaki pertama di Malaysia.

Mula ditayangkan secara eksklusif pada 1 dan 2 April lalu, drama berkenaan boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hypp Sensasi pada jam 9 malam setiap Rabu dan Khamis.

Drama BIB diarahkan oleh Kyoll Hamzah yang mengambil alih tugas daripada Allahyarham Joeza Rasidi yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Diterbitkan oleh Zeel Production (M) Sdn Bhd, drama ini dilakonkan Shah Iskandar, Ika Nabila, Reza Hasbi, Nazri John Harun, Rafiq Razaly, Ben Ali, Cik Manggis, Arissa Afrina dan ramai lagi.

BIB mengisahkan mengenal Affan jejaka yang terkenal dengan kenakalannya di Kolej Zeel. Seorang yang kacak dan pandai memikat hati gadis di kolej itu. Affan yang jatuh cinta dengan Sara, seorang pelari pecut di kolej itu.

Rimas dengan Affan yang selalu mengganggunya, Sara mencabar Affan untuk menubuhkan sebuah pasukan bola jaring versi lelaki bagi membuktikan yang Affan benar-benar cintakannya.

Memaparkan buat pertama kalinya aksi bola jaring yang dimainkan oleh pemain lelaki dengan pelbagai kisah, cinta, persahabatan dan cabaran yang ditempuhi mereka untuk menjadi juara pertandi­ngan bola jaring, drama siri BIB menampilkan Fauziah Nawi sebagai jurulatih bola jaring.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:26 AM