BAYI perempuan ditemui seorang lelaki di dalam masjid.
BAYI perempuan ditemui seorang lelaki di dalam masjid.
Oleh Zaid Salim

Permaisuri: Penemuan satu bungkusan kain bergerak dalam sebuah masjid di Kampung Merang, di sini, menyelamatkan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan dalam masjid berkenaan.

Bayi dipercayai berusia satu hari dan masih bertali pusat itu ditemui satu keluarga yang berhenti untuk menunaikan solat Zuhur di masjid berkenaan pada jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu, singgah di masjid berkenaan bersama keluarganya.

Katanya, sebaik melangkah masuk, lelaki terbabit melihat bungkusan kain di sudut kanan ruang masjid berkenaan.

“Ketika menghampiri bungkusan berkenaan, dia terkejut mendapati bungkusan kain itu bergerak lalu segera membelek bungkusan terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:20 AM