Sunderland, United Kingdom: Dick Advocaat (gambar) tidak boleh mengharapkan permulaan yang baik untuk aksi pertamanya di Stadium of Light bersama Sunderland dalam aksi setempat menentang Newcastle hari ini.

Puluhan ribu penyokong Sunderland meninggalkan stadium berkenaan dengan aksi terakhir di tempat sendiri tewas 0-4 kepada Aston Villa menamatkan karier Gus Poyet dan menyebabkan Black Cats hanya satu mata berada di atas zon penyingkiran.

Pengendali baru Sunderland dari Belanda Advocaat sedar kemenangan aksi setempat menentang musuh tradisi akan memberikan suntikan besar untuk mereka kekal dan harapannya untuk mengekalkan kelab bahawa beliau adalah individu tepat untuk mengetuai mereka bagi masa depan yang cerah.

Walaupun hanya kurang tiga minggu, bekas jurulatih Rangers and PSV Eindhoven berkenaan, dilantik dengan kontrak jangka pendek, sedar ia adalah tugas yang istimewa dan mahu meraih peluang itu.

“Ini semua adalah berkenaan bola sepak. Di England hampir setiap perlawanan seperti aksi setempat, mereka benar-benar bertarung,” kata Advocaat.

“Saya fikir sebagai pemain bola sepak, anda akan menyukai perlawanan ini dengan suasana di stadium dan penyokong, sama ada di tempat sendiri atau lawan.

“Kita semua sedar istimewanya perlawanan ini. Kami tidak sabar.”

Keutamaan Advocaat adalah meningkatkan ketajaman jentera serangan yang jaring meledak jaringan musim ini.

“Kami perlu menjaringkan gol, kemudian anda akan bertanya siapa yang mampu lakukannya. Mereka hanya menjaringkan 23 gol musim ini. Pasti ada sebab namun ia sukar untuk diketahui dalam jangka masa pendek,” tambahnya.

Steven Fletcher adalah salah seorang penyerang yang tertekan untuk meledak jaringan selepas melakar hatrik untuk Scotland minggu lalu, kurang satu gol yang dijaringkannya untuk Sunderland sepanjang musim.

“Adalah penting bagi saya melihat dia menjaringkan gol untuk kami kerana jika mereka beraksi, kerana kami membayar gajinya,” kata Advocaat yang kehilangan Wes Brown kerana kecederaan hamstring. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 5:26 AM