MUHD Syameer membantu adiknya, Muhd Syukrie dan Muhd Safwan mengulang kaji pelajaran.
MUHD Syameer membantu adiknya, Muhd Syukrie dan Muhd Safwan mengulang kaji pelajaran.
Oleh Ardyhansah Amat

Tuaran: “Siapa yang sanggup berpisah dengan keluarga dan menetap di rumah kebajikan, namun tiada pilihan berikutan saudara paling hampir iaitu ibu saudara kami juga orang susah,” kata Muhd Syameer Sairmon, 14, penghuni Rumah Anak Yatim Tuaran yang merindui detik indah hidup dalam suasana berkeluarga.

Menurut Muhd Syameer, sejak ibunya, Napsiah Limun meninggal dunia akibat kanser darah pada Mei tahun lalu, dia bersama dua adiknya, Muhd Syukrie, 12, dan Muhd Safwan, 9, diuruskan ibu saudaranya.

“Ayah sudah lama meninggal dunia sejak lapan tahun lalu akibat sakit jantung dan kami sekeluarga terpaksa menumpang dengan ibu saudara yang turut mempunyai lima anak.

“Ibu tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan dan begitu juga dengan ibu saudara menyebabkan kami terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bapa saudara yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya ketika ditemui.

Muhd Syameer berkata, mujur adik-beradik ibu lain turut bergilir-gilir menyara kami tiga beradik selepas ibu meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 5:42 AM