ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
Oleh Naqiukamil Abdullah

Klang: Seorang wanita berusia 20-an parah apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang lori tiga tan di Jalan Kebun, Klang tengah malam tadi.

Kejadian 12.20 tengah malam itu menyebabkan kereta mangsa remuk dan mangsa tersepit di ruang pemandu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.18 tengah malam dan anggota daripada dua balai bomba berhampiran bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemandu wanita itu melanggar sebelah kiri lori tiga tan berhampiran Mardi, Jalan Kebun.

"Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 1:11 PM