Bermula dengan kejutan S6 yang menggunakan bahan aloi tahan lasak dan calar bagi rangka dalaman serta sisi, diikuti dengan S6 Edge yang mempunyai ciri lengkung di kedua bahagian sisi paparan peranti terbabit.

Menariknya, kedua-dua produk ini akan ditawarkan melalui tiga syarikat telekomunikasi utama bermula esok.

Bahagian depan serta belakang kedua-dua peranti itu dihiasi dengan kaca tahan lasak jenis Gorilla Glass 4 dengan kadar pengukuhan lebih baik berbanding peranti terdahulu.

Galaxy S6 Edge sudah pasti mencuri tumpuan meskipun berkongsi spesifikasi yang hampir sama dengan S6 biasa.

Rekaan lengkung di kiri dan kanan membuka inovasi mantap dari syarikat Korea terbabit.

Ia dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, Exynos tetapi dengan rekaan 14mm yang lebih efisien tenaga serta berprestasi tinggi di samping RAM 3GB DDR4 lebih pantas daripada biasa digandingkan bersama storan UFS2.0 dikhabarkan lebih laju daripada storan eMMC 5.0 yang biasa.

Titik yang mengujakan, Galaxy S6 ini bukan saja kuasa dalaman malah reka bentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem apabila Samsung menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri.

S6 turut diberi binaan baru dengan penggunaan gelas Corning Gorilla 4 bukan saja di depan tetapi di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

INFO

SAMSUNG GALAXY S6 dan S6 EDGE

- Harga: Anggaran bermula RM2,599 dan RM3,099

- Skrin: 5.1” Quad HD(2560x1440) 577ppi, Super AMOLED, dwi bucu

- Pemprosesan: Quad 2.1GHz + Quad 1.5Ghz, octa core

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Kamera: 16MP, 5MP (depan)

- RAM: 3GB, LPDDR4

- Memori: 32/64/128GB

- Sambungan: Pengecas tanpa wayar

- Dimensi: 142.1 x 70.1 x 7.0mm

- Berat: 132 gram

- Bateri: 2600mAh

- Ukuran dan berat: (S6) 143.4 x 70.5 x 6.8mm, 138gram (S6 Edge) 142.1 x 70.1 x 7.0mm, 132 gram

- Bateri: (S6) 2550mAh, (S6 Edge) 2600mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 11:33 AM