MUNISAMY menunjukkan kereta mewah yang ditemui semula. FOTO Muhamad Azim Fitri
MUNISAMY menunjukkan kereta mewah yang ditemui semula. FOTO Muhamad Azim Fitri
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Satu sindiket mencuri kereta mewah tumpas selepas dua belas lelaki ditahan di sekitar Selangor membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1.3 juta.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata semua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan sejak 14 Oktober sehingga semalam dalam beberapa serbuan.

"Penahan kesemua suspek membawa kepada penemuan dua belas kereta yang dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu di Pahang, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Beliau berkata, antara kereta mewah yang ditemui semula adalah Toyota Alphard, Estima, Vellfire, Altis, Wish, Caldina dan Fortuner.

Munusamy berkata, berdasarkan siasatan mendapati sindiket akan menjual kereta curi dengan mengiklankan kepada pembeli di 'Whatsapp' dengan harga antara RM45,000 hingga RM80,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 4:14 PM