ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Klang: Cemburu dipercayai menjadi punca seorang pemandu teksi berusia 55 tahun maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kepayang, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, mangsa Mohd Alias Mahani, 55, ditemui terbaring oleh rakannya dalam keadaan berlumuran darah di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya menemui suspek berusia 30-an di depan sebuah kedai kosong di Jalan Meru.

Katanya, berdasarkan keterangan rakan mangsa, berlaku tolak menolak sebelum suspek melarikan diri dan mangsa mengejarnya.

Menurutnya, ketika kejadian rakan mangsa yang berusia 35 tahun itu berada di dalam teksi mangsa sebelum menghubungi seorang lagi rakan mereka.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 7:03 AM