ORANG ramai duduk di atas lori selepas menjarah senjata dari depoh tentera di Aden.
ORANG ramai duduk di atas lori selepas menjarah senjata dari depoh tentera di Aden.
Agensi

Sanaa: Arab Saudi mendakwa menguasai sepenuhnya ruang udara Yaman selepas serangan udara diketuainya membedil sasaran Houthi untuk hari ketiga berturut-turut.

Serangan dilancarkan pada awal Sabtu mengenai sasaran di Hudaydah di pesisiran Laut Merah, selain kubu Houthi di Saada dan pangkalan tentera di sekitar ibu negeri Sanaa.

Serangan sepanjang malam itu dilaporkan yang paling hebat sejak Arab Saudi memulakan operasi, Khamis lalu, malah dapat dirasai sehingga waktu Subuh walaupun lebih banyak menyasarkan depoh simpanan senjata dan pangkalan tentera di luar Sanaa.

Seorang pekerja bantuan asing yang enggan dinamakan berkata serangan dilakukan sepanjang malam.

“Kami dapat merasa tingkap bergegar. Ramai yang mahu melarikan diri tetapi tiada penerbangan keluar dari Yaman,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 6:39 AM