ANGGOTA pemberontak Huthi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terbunuh dalam serangan terhadap dua masjid Huthi di Sanaa Jumaat lalu ketika majlis pengebumian beramai-ramai, semalam.
ANGGOTA pemberontak Huthi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terbunuh dalam serangan terhadap dua masjid Huthi di Sanaa Jumaat lalu ketika majlis pengebumian beramai-ramai, semalam.

Washington: Arab Saudi dilapor mengerahkan senjata berat, termasuk meriam ke kawasan berhampiran sempadannya dengan Yaman.

Perkembangan itu meningkatkan kemungkinan negara itu bakal terjerumus ke dalam konflik yang semakin buruk di negara jirannya itu.

Ia menyusuli kemaraan militan Syiah Huthi yang menawan pangkalan udara di Aden hingga menyebabkan Presiden Abed Rabbu Mansour Hadi melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.

Keadaan yang semakin buruk di Yaman kemungkinan akan mencetuskan perang proksi dengan Iran yang menyokong militan Huthi. Arab Saudi dan monarki Sunni di rantau itu menyokong Abed.

Senjata yang dikerah oleh Arab Saudi itu boleh digunakan untuk melancarkan serangan dan pertahanan.

Dua pegawai Amerika berkata, perkembangan itu kelihatan seperti untuk pertahanan.

Bagaimanapun, satu sumber kerajaan Amerika menyifatkan persiapan Saudi di sempadan itu sebagai ‘besar’ dan kemungkinan negara itu bersiap untuk melancarkan serangan udara bagi mempertahankan Abed. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 8:52 AM