Tanzania: Seorang wanita benar-benar diuji kesabarannya apabila terpaksa mengharungi penerbangan 10 jam ke Tanzania dengan ‘berjirankan’ mayat apabila lelaki yang duduk di sebelahnya mati dalam penerbangan.

Wanita itu yang juga wartawan Radio Sweden berkata ketika menaiki penerbangan Kenya Airways di lapangan terbang Amsterdam, dia melihat lelaki terbabit yang berusia 30-an tidak sihat kerana berpeluh dan sawan.

Malangnya, lelaki itu meninggal dunia selepas dua jam pesawat itu berlepas. Anak kapal terpaksa membaringkan mayatnya merentasi tiga tempat duduk dan menutupnya dengan selimut.

Wanita itu bagaimanapun mendakwa kaki mayat masih terjulur.

Walaupun tidak marah dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat aduan kepada syarikat penerbangan. Kenya Airways memohon maaf dan memulangkan separuh harga tambang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 8:50 AM