AFP

Berlin: Pemegang rekod penjaring terbanyak Jerman pada Piala Dunia, Miroslav Klose bercadang untuk menjadi jurulatih ketika dia memikirkan untuk bersara dan mengimpikan bekerja di Bundesliga sekali lagi.

“Bundesliga adalah sasaran saya, kerana saya tidak boleh bayangkan saya akan menjadi jurulatih pasukan belia selama-lamanya,” kata Klose, yang bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia.

“Apabila saya mengusahakan lesen kejurulatihan saya bersungguh-sungguh, seperti juga perkara lain yang saya lakukan.

“Menjadi jurulatih di Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) satu kemungkinan.

“Hansi Flick (pengarah sukan DFB) dan saya akan berunding dan berbincang.

“Saya sudah saksikan banyak perlawanan pasukan remaja kebangsaan Jerman dan pasti menarik untuk bekerja dengan mereka.”

Pemain berusia 36 tahun itu mencatat rekod baru dengan 16 gol Piala Dunia apabila dia menjaringkan gol ketika kemenangan bersejarah Jerman 7-1 ke atas tuan rumah pada separuh akhir Brazil 2014 dan pemain pertama tampil pada separuh akhir Piala Dunia empat kali berturut-turut.

Selepas beraksi buat Kaiserslautern, Werder Bremen dan Bayern Munich dalam liga utama Jerman, Klose kini bermain dengan kelab Itali, Lazio namun kontrak semasanya berakhir hujung musim ini dan dia menimbang untuk bersara terus.

“Ia satu keputusan spontan, saya akan bercakap dengan keluarga dulu kerana ada beberapa perkara lain perlu difikirkan,” katanya.

“Banyak perkara boleh dilakukan, mungkin kembali ke Bundesliga, tapi tiada sebarang rundingan setakat ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 8:48 AM