FOTO Azhar Hashim
FOTO Azhar Hashim
Oleh Azhar Hashim

Kulim: Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech, Asisten Superintendan Chua Poh Teik, 58, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terhumban ke dalam longkang di Jalan Taman Selasih menghala ke Keladi, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, akibat kejadian itu, mangsa terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter.

Beliau berkata, mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

"Mangsa ditemui oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan di kawasan terbabit selepas terjumpa sebuah motosikal di tepi jalan.

"Anggota terbabit kemudian menemui mangsa di dalam longkang lalu menghubungi ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Mayat mendiang dibawa ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 2:44 PM