SEBAHAGIAN juadah di kafe Breadties.
SEBAHAGIAN juadah di kafe Breadties.

Artis muda, Aman Nassim yang kini sibuk mempromosi lagu singlenya, 'Lafaz Setia' tertarik dengan hidangan unik terutama cara persembahan 'Soup in Artisan Bread' iaitu penyajian sup cendawan dalam roti Breadties.

Katanya, kunjungan kali kedua ke kafe itu lebih mengujakan kerana berpeluang menikmati suasana santai di kafe berkenaan bersama aroma minuman kopi kegemarannya, Caramel Latte.

"Sebelum ini saya hanya sempat singgah beli kopi dan roti kerana kebetulan berada di lokasi berhampiran. Saya sukakan kopinya yang harum selain roti lembut. Apabila diberi peluang mencuba hidangan di sini, sukar dilepaskan kerana saya sukakan hidangan kafe.

"Antara hidangan kafe paling saya suka ialah pasta. Pasta biasanya dipilih kerana lebih ringan dan sihat. Di kafe ini saya kagum dengan rasa Aglio Olio kerana kepedasannya menepati selera saya. Ia unik dan berbeza sedikit daripada cara penyediaan konvensional kerana turut menggunakan cili padi. Memang citarasa orang Malaysia," katanya.

Aman juga berkata, aroma Caramel Latte paling mengasyikkan. Selaku penggemar kopi, dia mengakui minuman di kafe terbabit dalam kelas tersendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 10:11 AM