Oleh Azizan Hashim


Ipoh: Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat bagi menyertai Program Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat 2015 di Dataran Bandaraya Ipoh, Greentown pada 11 April ini.

Sempena program itu juga Pertandingan Basikal Hiasan LED dianjurkan dan penganjur Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempelawa penyertaan orang ramai ke pertandingan itu.

Hadiah lumayan disediakan iaitu RM1,000 untuk juara manakala naib juara RM750 dan ketiga RM500. 10 hadiah saguhati turut disediakan kepada pemenang.

Yuran penyertaan adalah RM30 dan pendaftaran boleh dibuat di Tingkat 4, Majlis Bandaraya Ipoh, Greentown dari 9 pagi hingga 5 petang.

Seribu penyertaan awal akan menerima ‘goodies’ dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Azhari Effendy di talian 019-5010017.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 6:46 AM