Jordan Henderson (gambar) memerlukan sedikit tuah selepas separuh masa pertama yang hambar ketika menentang Swansea, apabila terjahan Jordi Amat membawa bola itu ke tulang keringnya dan melantun melepasi Lukasz Fabianski yang gagal menyelamatkan bola berkenaan.

Namun tiada apa yang menarik mengenai peningkatannya sepanjang dua tahun lalu. Dia yang disebut seperti Andy Carroll dan Charlie Adam sebagai pemain yang tidak membawa banyak keuntungan selepas penjualan Fernando Torres sebelum akhirnya menjadi pemain tengah terbaik England.

Liverpool tidak pernah tewas mana-mana daripada 15 perlawanan di mana timbalan kapten mereka menggalas tugas berkenaan musim ini apabila menang 12 perlawanan dan seri tiga, membuktikan kewibawaannya di bilik persalinan dan di padang, pengganti kepada Steven Gerrard yang bakal meninggalkan kelab itu.

Aksi luar biasa tanpa kalah di liga yang bermula sejak Disember yang meletakkan Liverpool hanya dua mata di belakang Manchester United di tangga keempat dan Henderson menjadi kunci kebangkitan mereka.

Biarpun tidak bermain dengan baik, seperti ketika bermain menentang Chelsea, pemain berusia 24 tahun itu menjadi nadi kepada pasukan, mengkucar-kacirkan lawan dan berusaha sehabis daya untuk mencapai matlamat.

Dia juga sering muncul pada detik genting, ini gol ketiga yang dijaringkannya dalam banyak perlawanan dan juga yang penting bagi mengekalkan momentum pasukannya.

Jamie Carragher menyifatkannya sebagai antara pemain tengah terbaik Liga Perdana Inggeris. Tidak terlalu teruk buat pemain dari Wearside dengan larian melucukan.

Itu adalah penilaian Sir Alex Ferguson, yang menulis dalam autobiografi Steve Bruce, yang ketika itu pengurus Henderson di Sunderland, mencadangkan United mengambil pemain muda itu.

Ferguson menolak dengan menyatakan larian Henderson akan menyebabkannya mengalami kecederaan pada peringkat lewat kariernya.

Sudah tentulah dia kini pemain yang mahu dibolosi barisan Manchester United apabila kedua-duanya bakal bertemu Ahad ini yang dikatakan mencari titik penting dalam perlumbaan memburu tiket ke Liga Juara-Juara.

Henderson mentertawakan pemerhatian Ferguson yang kejam itu, malah menganggap ia satu pujian apabila kedua-dua jurulatih itu memperkatakan mengenainya.

Sepanjang kariernya setakat ini, dia sudah membuktikan kesungguhan dan ketabahannya.

Sewaktu dia tiba di Anfield dengan harga £16 juta (RM87.3 juta) dan gagal memberi impak segera seperti yang ditunjukkan kepada Sunderland.

Malah Brendan Rodgers pada satu ketika juga ingin menjualnya ke Fulham.

Begitupun Henderson memenangi kepercayaan pengurus Ireland Utara itu menerusi keinginan dan cita-citanya, kedua-duanya menjalinkan hubungan yang baik.

Henderson memuji kesungguhan Rodgers yang membantunya memperbaiki aspek taktikal. Gary Neville yang melatih Henderson bersama skuad England memerhatikan perubahan besar dalam tempoh 12 bulan lalu dan memuji usaha pemain itu dalam posisi set-piece.

“Dia mempunyai naluri hebat dalam menjaga permainannya dan berlatih di padang latihan,” kata Neville.

“Saya masih ingat tahun lalu, melihat perubahan besar dirinya dari aspek latihan dan menguji sepakan percuma dan set-piece.

“Anda lihat dia mengambil set-piece bersama Steven Gerrard di bahagian tengah. Siapa menyangka perkara itu akan berlaku dua tahun lalu. Dia tidak takut untuk bercakap dengan sesiapa saja dan itulah sebabnya dia menyarung ikat lengan kapten.

“Dia adalah antara pemimpin di bilik persalinan Liverpool dan begitu juga dengan England.”

Mungkin Henderson bernasib baik sepanjang kariernya namun kisahnya itu membuktikan ketabahannya dan peningkatan tanpa batasan. Liverpool dan England pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripadanya selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:04 AM