ANTARA pusat hiburan yang diserbu. FOTO Adnan Ibrahim
ANTARA pusat hiburan yang diserbu. FOTO Adnan Ibrahim
Teks dan gambar oleh Adnan Ibrahim

Kluang: Sebanyak 690 mesin slot dirampas dalam operasi khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang susulan serbuan ke atas 12 premis judi di sekitar bandar Kluang selama dua hari, berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaary berkata, kira-kira 80 anggota daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan Tenaga Nasional Berhad terbabit dalam operasi itu.

Menurut Mohd Roze, pasukan serbuan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil bagi memastikan operasi ini berjalan lancar dan tiada premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang terlepas di dalam tindakan selepas perintah mahkamah dikeluarkan kepada pihaknya.

€œTindakan kali ini adalah untuk memastikan tiada lagi PHK yang beroperasi di dalam daerah Kluang dan semua mesin dirampas untuk dimusnahkan seterusnya membenteras kegiatan perjudian ini ke tahap maksima.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 1:56 PM