Oleh Ibrahim Isa

 

Pagoh: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa kini berada di Tuaran, Sabah bagi menyelesaikan segera masalah sekolah yang tidak berdinding.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas laporan portal berkaitan kewujudan sekolah serba kekurangan itu berkata, KSN sudah berada di Tuaran untuk meninjau dan melihat sendiri masalah dihadapi sekolah itu sebelum menyelesaikannya.

Beliau berkata, peruntukan untuk sekolah itu sudah disediakan tahun lalu.

"Peruntukan sudah disediakan tujuh atau lapan bulan lalu.

"Kita (kementerian) bukannya tidak mahu buat sekolah itu tetapi kerja untuk menyiapkan pelan dan teknikal mengambil masa,â" katanya pada sidang media selepas program Santai Fiesta Karnival Muzik Belia Pagoh di Dataran Agro  Bazar, Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh di sini, hari ini.

 

Tamat

 

 17

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 3:15 PM