Karnival hartanah MKH di Pusat Jualan Kajang East, Semenyih.
Karnival hartanah MKH di Pusat Jualan Kajang East, Semenyih.

Kajang: MKH Berhad, pemaju hartanah terkemuka di Kajang meraikan acara kemuncak karnival hartanah ‘MKH Treasures You’ dan pembukaan galeri jualan kediaman gaya hidup premium Kajang East.

Majlis pembukaan itu diserikan dengan pengumuman pemenang bagi peraduan sempena karnival hartanah yang berlangsung di seluruh negara selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos tahun lalu.

Peraduan itu menawarkan hadiah keseluruhan RM10 juta termasuk syiling emas, iPad dan hadiah lain, terbuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana projek terpilih MKH.

Tiga pemenang bertuah hadiah utama iaitu pakar optik Liew Jian Hua, kontraktor Ang Chee Guan dan doktor perubatan Abdul Halim Aziz masing-masing memenangi aparment servis MKH Boulevard, Honda CRV dan Toyota Vios.

Hadiah disampaikan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran Kajang Datuk Nizam Sahari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:06 AM