PROJEK pembangunan pangsapuri perkhidmatan, MKH Boulevard II pelaburan terbaik untuk bakal pembeli.
PROJEK pembangunan pangsapuri perkhidmatan, MKH Boulevard II pelaburan terbaik untuk bakal pembeli.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

MKH Berhad, peneraju utama pembangunan hartanah di Kajang, Selangor melancarkan projek pembangunan berciri pangsapuri perkhidmatan dan pembangunan berorientasikan transit yang pertama di kawasan itu, MKH Boulevard II.

Projek berkenaan terletak di Pusat Perniagaan Kajang dan bersebelahan Stesen MRT-KTM Bersepadu Kajang.

Ia adalah projek pembangunan yang semakin pesat, sesuai untuk pembelian dan pelaburan.

Sehingga kini, sebanyak 90 peratus unit tempahan diterima selain turut menerima permintaan kukuh bagi sewaan kediaman daripada penjawat awam, swasta dan pelajar.

Pangsapuri perkhidmatan itu bukan sahaja mempunyai reka bentuk menarik dan keselesaan maksima, malah turut dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antaranya, dek barbeku, bilik gimnasium, trek jogging, kolam renang, jakuzi, dewan serbaguna dan surau.

Pangsapuri itu juga berdekatan dengan hab pendidikan seperti Kolej Universiti New Era dan sekolah.

Lebih menarik, bakal pembeli berpeluang untuk memiliki kediaman eksklusif itu dengan menikmati pengecualian duti setem sempena Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021 yang wajar dimanfaatkan orang ramai.

Kediaman yang dijangka siap pada 2023 itu akan menjadi kediaman pelaburan terbaik kepada bakal pembeli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 10:52 AM