EMPAT gudang penyimpanan toksid terbakar. FOTO ihsan bomba
EMPAT gudang penyimpanan toksid terbakar. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Empat gudang penyimpanan toksik milik Kualiti Alam Sdn Bhd di Sendayan di sini, terbakar petang tadi.

Kebakaran yang dipercayai berlaku 1.30 petang itu menyebabkan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jurucakap bomba berkata, seramai 22 pegawai dan anggota termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) membantu memadamkan kebakaran.

"Pasukan bomba kini sedang berusaha memadamkan kebakaran dan mengawal api dari merebak. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Difahamkan, asap tebal menyelubungi kawasan Sendayan ekoran kebakaran yang membabitkan bahan toksik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 4:07 PM